Page 6 - HARI MALAYSIA
P. 6
SELUSURI SEJARAH HARI MALAYSIA.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk
memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada
tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo
Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963
namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia
disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6.
Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk
pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16
September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi
membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa
membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan
Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan
merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai
tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di
Malaysia.
6

