Page 7 - HARI MALAYSIA
P. 7

Penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan


               Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia

               lantas, melancarkan konfrantasi ketenteraan di bawah slogan "Ganyang


               Malaysia" yang berlanjutan sehingga tahun 1966.




               Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang

               dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British. Brunei yang turut


               termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan

               penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di


               Brunei oleh Sheikh Azhari pada penghujung 1962.




               Sekalipun begitu, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan

               Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan


               Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat

               Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui


               penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.




               Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan

               daripada 1 Jun 1963 ke 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan


               Suruhanjaya Cobbold. Namun tarikh tersebut pula ditangguhkan setelah

               Indonesia dan Filipina emperhebatkan tentangan mereka terhadap

               penubuhan Persekutuan Malaysia. Dan akhirnya 16 September 1963 menjadi


               hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.



                                                              7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12