Page 3 - BUKU PROGRAM MINGGU HALUAN SISWA IKM JASIN
P. 3
UCAPAN PENGARAH
Assalamualaikum dan selamat datang kepada pelajar baharu bagi sesi Julai-Disember 2019. Tahniah
diucapkan kepada semua pelajar yang telah melaporkan diri dan seterusnya menjadi warga IKM Jasin,
Melaka. Saya bagi pihak warga MARA amnya dan IKM Jasin khususnya mengalu-alukan kedatangan para
pelajar.
Kehadiran para pelajar ke IKM Jasin adalah sebagai generasi penyumbang dalam memacu arus pem-
bangunan bangsa, agama dan negara. Bagi melahirkan “Competent Workforce” kepada negara, para pelajar
juga perlu mempunyai Kemahiran Insaniah(KI) yang tinggi, kemahiran komunikasi yang efektif serta fizikal
yang mantap.
Modul program pengajian yang disusun oleh MARA melalui Bahagian Kemahiran MARA adalah mel-
atih para pelajar menanamkan sifat keusahawanan bagi mencipta lebih banyak peluang pekerjaan di
samping menjana pendapatan yang lebih lumayan.
InshaALLAH dengan Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal (DUIT), segala cita-cita para pelajar serta
impian dan harapan keluarga akan menjadi kenyataan.
IKM Jasin akan berusaha melakukan yang terbaik supaya dapat melahirkan graduan yang menjadi
penyumbang utama dalam pembangunan ekonomi negara. Percayalah bahawa kita boleh berjaya . Kita
boleh maju ke hadapan untuk mencapai impian dan cita-cita yang mulia iaitu melalui ilmu dan pendidikan.
Ibu bapa pasti akan merasa bahagia kerana melahirkan generasi yang berjaya bukan sahaja di dunia malah
di akhirat.
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK
Minggu Haluan Siswa yang bertungkus-lumus memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar.
Sekian, Wassalam.
MD KHALIL BIN MOHAMAD
Pengarah
IKM Jasin, Melaka

