Page 5 - BUKU PROGRAM MINGGU HALUAN SISWA IKM JASIN
P. 5

UCAPAN PENYELARAS






                  Assalamualaikum  dan  Salam  Sejahtera,  terlebih  dahulu  saya  bagi pihak  AJK  MINGGU  HALUAN
           SISWA INSTITUT KEMAHIRAN MARA JASIN MELAKA mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada

           pelajar baharu kerana terpilih melanjutkan pelajaran bagi sesi Julai-Disember 2019 ini dan menjadi sebahagi-
           an daripada keluarga IKM Jasin secara rasminya.


                  Minggu Haluan Siswa merupakan suatu proses transisi yang dialami oleh pelajar baharu IKM Jasin.
           Sepanjang  minggu  ini  para  pelajar  diperkenalkan  dengan  barisan  ahli  pengurusan,  tenaga  pengajar  dan
           barisan kepimpinan pelajar IKM Jasin. Selain itu, para pelajar baharu turut diperkenalkan dengan gaya hidup
           di    Institusi ini. Disiplin diri termasuk pemakaian sopan disamping penekanan terhadap pengurusan masa
           diterapkan kepada para pelajar yang baharu memulakan kehidupan sebagai pelajar di IKM Jasin.



                  Akhir  kata  setinggi-tinggi  penghargaan  dan  terima  kasih  saya  ucapkan  kepada  semua  jentera
           Minggu Haluan Siswa (MHS), Ahli-ahli Pengurusan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Kemahiran MA-
           RA Jasin serta Koperasi IKM Jasin Melaka Berhad kerana tanpa komitmen daripada semua pihak, MHS tid-
           ak dapat diadakan dengan jayanya.



           Sekian, Terima Kasih.




           WAN NURLI BINTI WAN MUHAMMAD

           Penyelaras

           Minggu Haluan Siswa
           IKM Jasin, Melaka
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10