Page 4 - BUKU PROGRAM MINGGU HALUAN SISWA IKM JASIN
P. 4
UCAPAN PENGERUSI
Assalamualaikum.
Syukur kepada Allah dengan keizinannya dapat kita mengadakan program Minggu Haluan Siswa
bagi meraikan pelajar-pelajar baharu di Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka (IKM Jasin).
Tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baharu ke IKM Jasin bagi sesi Julai-Disember
2019. Sesungguhnya pemilihan saudara/saudari dalam bidang TVET merupakan satu pilihan yang tepat dalam
keadaan negara kita sangat memerlukan tenaga mahir lebih-lebih lagi dalam arus Industri 4.0 .
Sempena Minggu Haluan Siswa ini, adalah diharapkan agar pelajar-pelajar dapat menyesuaikan diri
dengan kehidupan kampus di IKM Jasin seterusnya dapat belajar dengan baik sehingga tamat pengajian.
Elakkan diri saudara/saudari daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik khususnya salah laku
disiplin yang boleh menjejaskan pengajian di IKM Jasin.
Akhir kata, diharapkan agar pelajar-pelajar dapat menetapkan niat dan tujuan datang ke IKM Jasin
setelah mendaftar pada hari ini. Mulakan azam yang baru dengan kehidupan baru untuk mencapai cita-cita
serta merealisasikan harapan ibu bapa saudara/saudari.
Sekian, Wassalam.
MOHD FARRIS BIN RADZUAN
Pengerusi
Minggu Haluan Siswa
IKM Jasin, Melaka

