Page 32 - Buku Log KRS
P. 32
Bawa mangsa/pesakit ke hospital.
Patah
Patah ialah tulang yang telah pecah atau retak. Ia mungkun disebabkan oleh daya
secara langsung.
Tanda tulang patah:
Terasa atau terdengar bunyi tulang patah
Bengkak dan lebam
Kecacatan bentuk
Menunjukkan tanda kejutan
Cara merawat:
Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah pergerakannya
dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia dipindahkan.
Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah
pergerakan.
Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat
kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah.
Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah
anggota juga harus dicegah pergerakannya.
Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
2. KONSEP
Berkhemah atau perkhemahan merupakan aktiviti sukan dan riadah yang amat baik
dan menarik diikuti, sama ada di peringkat individu, keluarga sekolah mahupun institusi sosial
yang lain. Berkhemah atau perkhemahan boleh ditakrifkan sebagai penghidupan di luar
bangunan, sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung, dalam kawasan sekolah dan
sebagainya. Berkhemah juga merupakan satu cabang ilmu yang menguji kemampuan
mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan
yang terhad. Aktiviti perkhemahan akan menguji sejauh manakah kesanggupan kita untuk
menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang aktiviti ini dijalankan.
32

