Page 35 - Buku Log KRS
P. 35

REFLEKSI KESELURUHAN


                              Aktiviti    perkhemahan          merupakan         aktiviti    yang       sangat

                       menyeronokkan  kerana  semua  pelajar  akan  bersatu  hati  dalam

                       menyiapkan  setiap  aktivit  yang  telah  disusun  atur  sepanjang

                       perkhemahan.  Perancangan  yang  rapi  sebelum  perkhemahan

                       menjadikan  sesuatu  perkhemahan itu  sistematik  dan  tersusun.  Setiap

                       AJK yang dilantik juga sangat memainkan peranan dan tahu apa yang

                       dilakukan.  Pertauran  yang  ditetapkan  bukan  sahaja  membantu

                       kelancaran  aktiviti  tetapi  dapat  mendisiplinkan  ahli.  Setiap  ahli

                       mempunyai rasa tanggungjawab masing-masing untuk mengikuti segala

                       arahan. Tentatif perkhemahan juga sangat bersesuaian dengan tahap

                       kebolehan setiap ahli.


                              Aktiviti  membina  kraf  perkhemahan  sangant  menyeronokkan

                       walaupun  pada  awalnya  ianya  sangat  sukar  untuk  disiapkan.  Hal  ini

                       kerana membina gajet memerlukan tenaga yang banyak supaya gajet

                       kukuh  dan  menarik.  Aktiviti  masakan  rimba  juga  dapat  melahirkan

                       semangat pasukan dan kerjasama yang mantap dalam diri.  Aktiviti ini

                       sangat  menyeronokkan  apabila  semua  ahli  bergotong-royong  untuk

                       menyediakan hidangan makanan.



                              Kesimpulannya,  semua  aktiviti  yang  dijalankan  sepanjang
                       perkhemahan berjaya memupuk semangat setiakawan, sifat prihatin dan


                       bertanggungjawab  serta  menjadikan  peserta  mempunyai  jiwa  yang
                       besar. Tidak dapat disangkal lagi bahawa aktiviti perkhemahan ini mapu


                       membentuk  seorang  individu  yang  berjiwa  besar  dan  kental  dalam

                       menghadapi dunia mencabar kelak.








                                                                                                              35
   30   31   32   33   34   35