Page 33 - Buku Log KRS
P. 33
3. SIJIL
Sijil Penyertaan
Sijil Penghargaan
4. TUJUAN PERKHEMAHAN
Tujuan umum:
Dapat meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan
Dapat menghayati erti batasan kehidupan
Mempunyai daya tahan mental dan fizikal, khususnya semasa menerima arahan,
melaksanakan arahan serta semasa menjalankan aktiviti-aktiviti yang lasak
Mempraktikkan dan memahirkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari secara teori, seperti
mendirikan khemah, memasang gejet, simpulan dan ikatan dan sebagainya
Menguatkan semangat dan mampu menghadapi pelbagai rintangan, khususnya
semasa aktiviti pengembaraan dijalankan seperti merentas bukit-bukau, danau,
lopak, dan sungai
Melaksanakan amanah dan tanggungjawab seperti mengurus diri sendiri dan
kumpulan
Mematuhi segala peraturan yang telah dirancangkan atau ditetapkan
Memupuk nilai-nilai murni yang ada pada diri individu dengan meningkatkan
semangat kekitaan, berpersatuan dan berdisiplin
Sentiasa ringan tulang dan saling bekerja sama di antara satu sama lain
Menghargai dan mencintai alam sekitar ciptaan Tuhan dengan memelihara
kebersihan dan tumbuh-tumbuhan yang ada di Kawasan tapak perkhemahan
Sentiasa berhati bersih, iaitu tidak berasa bongkak, sombong, iri hati, atau busuk hati
dengan anggota kumpulan yang lain.
Berhibur dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah
Menghilangkan stres atau ketegangan jiwa
Mengelakkan daripada gejala sosial yang kurang sihat dan tidak berfaedah
33

