Page 15 - iMessage 2021
P. 15

PERATURAN – PERATURAN SEKOLAH

                         TUJUAN PERATURAN SEKOLAH

                1.1  Membentuk kesempurnaan peribadi murid-murid baik dari segi jasmani,
                   emosi, rohani,  intelek dan  sahsiah  berdasarkan  kepercayaan dan
                   kepatuhan kepada Allah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


                1.2  Mewujudkan  suasana  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  baik  agar
                   murid-murid dapat menimba ilmu pengetahuan tanpa gangguan.

                1.3  Melahirkan murid-murid yang mempunyai semangat tolong- menolong,
                   hormat-menghormati, tolak ansur dan kerjasama dalam kalangan murid.

                1.4  Melahirkan  murid-murid  yang  berilmu  pengetahuan,  berakhlak  mulia,
                   bertanggungjawab dan berupaya mencapai  kesejahteraan diri serta
                   dapat  memberi  sumbangan  terhadap  keharmonian  dan  kemakmuran
                   sekolah, masyarakat dan negara.

                1.5  Melahirkan generasi yang berdisiplin dalam sekolah dan di luar sekolah.

                1.6  Memberi layanan dan hak yang sama rata kepada semua murid.

                1.7  Membantu pengetua, guru-guru, pengawas  dan ketua  kelas menjaga
                   keamanan, ketenteraman dan kelicinan perjalanan sekolah.

                1.8  Menentukan bahawa mereka yang bersalah menerima hukuman yang
                   setimpal dengan kesalahannya.













                                             15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20