Page 19 - iMessage 2021
P. 19
ponteng sekolah.
1.4.3 Murid-murid dilarang meninggalkan kelas kecuali dengan kebenaran
guru. Murid mestilah memakai PAS KEBENARAN KELUAR setiap
kali meninggalkan kelas.
1.4.4 Hanya seorang murid sahaja dibenarkan keluar kelas dalam satu masa
(satu pas bagi seorang murid).
1.4.5 Murid yang dibenarkan keluar kelas tidak dibenarkan membuat
pertemuan dengan murid lain (berkumpul melebihi 2 orang).
1.5 WAKTU REHAT / KANTIN SEKOLAH
1.5.1 Waktu rehat, murid tidak dibenarkan berada dalam kelas dan di sekitar
kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan. Segala
kehilangan atau kerosakan yang berlaku di kawasan tersebut adalah
tanggungjawab murid yang berada di kawasan tersebut.
1.5.2 Murid hanya dibenarkan makan dan minum di kantin sekolah sahaja
pada waktu yang ditetapkan.
1.5.3 Murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar
kawasan sekolah. Bekalan makanan dari rumah adalah dibenarkan
dengan syarat satu orang satu bekalan.
1.5.4 Murid dikehendaki beratur semasa membeli makanan atau minuman.
1.5.5 Selepas makan, semua alat dan bekas makanan yang digunakan
mestilah diletakkan ke dalam besen yang telah disediakan sementara
sampah-sampah dibuang ke dalam tong sampa
19

