Page 20 - iMessage 2021
P. 20

2.0  KEBERSIHAN KELAS DAN KESELAMATAN   HARTA BENDA
                     SEKOLAH

                 2.1  Semua murid mestilah memastikan kerusi dan meja yang digunakan
                     telah didaftarkan untuk mereka. Kebersihan,  keutuhan dan
                     keselamatan kerusi dan meja yang didaftarkan ini adalah  menjadi
                     tanggungjawab murid tersebut.  Sebarang  kerosakan  adalah
                     tanggungjawab  individu  tersebut atau  ketua tingkatan untuk
                     melaporkan  kepada  guru  tingkatan.  Bilik darjah mestilah dalam
                     keadaan yang bersih, kemas dan selesa sepanjang masa. Sebarang
                     potongan akhbar,  majalah atau  gambar yang  hendak dipaparkan
                     mestilah dengan kebenaran atau arahan guru.

                  2.2  Program Kebersihan dan Keceriaan  kelas melibatkan  kesemua
                     tingkatan yang ada.  Guru Bertugas akan  memberi penilaian dan
                     markah pada bila-bila  masa setiap hari.  Semua  markah  ini  akan
                     dijumlahkan setiap hujung bulan. Kelas yang memperoleh markah
                     yang tertinggi  akan  diumumkan  sebagai  juara  dan  akan  diberikan
                     hadiah.

                  2.3  Kelas yang tidak digunakan atau bila tamat waktu persekolahan murid
                     terakhir atau  murid yang duduknya  di bawah suis hendaklah
                     memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum keluar.


                  3.0 : TANDAS SEKOLAH

                  3.1  Murid hanya dibenarkan menggunakan  tandas yang diisytiharkan
                     penggunaannya sahaja dengan PAS KEBENARAN KELUAR.
                  3.2  Murid  mesti menjaga kebersihan  diri dan  tandas  semasa
                     menggunakannya.


                                           20
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25