Page 45 - iMessage 2021
P. 45
5.0 POTONGAN RAMBUT
5.1 Murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang. Istilah rambut
panjang adalah merujuk kepada:
5.1.1 Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah
cuping dua telinga.
5.1.2 Di hadapan : Rambut menutup garisan dahi tengah.
5.1.3 Di sebelah : Rambut menutup kedua-dua telinga atau
sebahagian daripadanya dan jambang melebihi garisan
tengah hidung.
5.1.4 Di atas : Rambut lebih daripada 15 cm (6 inci).
5.2 Murid lelaki dan perempuan tidak dibenarkan mewarnakan rambut,
menyimpan kuku panjang atau mewarnakan kuku termasuk inai.
5.3 Potongan rambut berfesyen adalah tidak dibenarkan seperti
mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang
lain dan fesyen-fesyen lain yang bertentangan dengan etika disiplin
sekolah.
5.4 Murid perempuan rambutnya hendaklah tidak sampai menyentuh
bahu. Rambut yang panjang hendaklah diikat. Ikatan rambut dengan
anyaman (plait) atau tocang (ponytail) dibenarkan. Riben rambut
berwarna hitam, putih atau biru sahaja dibenarkan.
5.5 Murid lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai atau janggut.
5.6 Murid perempuan dilarang sama sekali mencabut atau mencukur
bulu kening.
45

