Page 50 - iMessage 2021
P. 50

11.0  UJIAN/PEPERIKSAAN

                  11.1  Kehadiran dalam semua peperiksaan/ujian adalah WAJIB.
                  11.2  Murid-murid yang mempersendakan peperiksaan dalam apa bentuk
                       sekalipun akan didenda menurut budi bicara Pengetua dan Badan
                       Disiplin. Peperiksaan mengukur keberkesanan pembelajaran.
                  11.3  Murid-murid hendaklah menjauhkan sebarang penyelewengan atau
                       ketidakjujuran dalam peperiksaan.
                  11.4  Untuk Pentaksiran Bertulis  PBD,  PT3  dan  SPM,  murid-murid
                       hendaklah  mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga
                       Peperiksaan atau Majlis Peperiksaan Malaysia.
                  11.5  Memalsukan tandatangan atau markah dalam kad / buku kemajuan

                       sekolah adalah kesalahan berat.


                  12.0  TELEFON BIMBIT

                  12.1  Murid tidak dibenarkan sama sekali membawa masuk telefon bimbit
                       ke dalam kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran pentadbir.

                  12.2  Tindakan kesalahan membawa telefon bimbit ke dalam kawasan
                       sekolah adalah seperti berikut :-
                        12.2.1  Bagi  kesalahan  kali  pertama  :  Ibu  bapa/penjaga  akan
                               dimaklumkan  supaya  datang  mengambil  telefon  bimbit
                               yang dirampas dan menandatangani surat akujanji.
                        12.2.2  Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya : Telefon yang
                               dirampas hanya boleh dikembalikan kepada murid pada

                               akhir  tahun  persekolahan,  manakala  simkad  akan
                               dipulangkan apabila diminta oleh murid.
                        12.2.3  Makluman/persetujuan dalam mesyuarat AJK PIBG.

                                           50
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55