Page 47 - iMessage 2021
P. 47
7.0 PEMERIKSAAN MENGEJUT (SPOT CHECK)
7.1 Guru disiplin dengan dibantu oleh semua guru dan pengawas boleh
menjalankan pemeriksaan mengejut ke atas diri murid dan
memeriksa beg-beg tanpa pengetahuan murid berkenaan.
7.2 Segala barang yang dirampas daripada murid semasa pemeriksaan
mengejut dijalankan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN kepada murid
berkenaan.
7.3 Pemeriksaan mengejut akan dijalankan sekiranya berlaku kecurian,
syak wasangka dan ingin tahu oleh guru disiplin.
7.4 Murid dinasihatkan agar tidak membawa wang yang terlalu banyak
dan barang berharga ke sekolah bagi mengelakkan sebarang
kejadian kecurian. Murid bertanggungjawab menjaga beg sekolah
dan barang peribadi mereka. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab
atas sebarang kehilangan tersebut.
8.0 KENDERAAN
8.1 Murid-murid tidak dibenarkan membawa kenderaan masuk ke
dalam kawasan sekolah kecuali basikal.
8.2 Basikal hendaklah dikunci dan di bawah tanggungjawab sendiri.
8.3 Murid-murid yang menaiki bas / van hendaklah beratur semasa
menaiki bas / van, jangan berebut-rebut dan jangan sekali-kali
berdiri di atas tangga sewaktu bas bergerak.
47

