Page 53 - iMessage 2021
P. 53

dalam kelas dan di kawasan-kawasan larangan.



                       16.4   Semasa bersama guru, murid-murid hendaklah
                               mengamalkan adab yang baik.
                        16.5  Tingkah laku yang baik dan sopan hendaklah diamalkan
                             pada setiap masa.


                       17.0  KEBERSIHAN

                       17.1    Murid-murid  dilarang meludah  dan membuang sampah  di
                            merata-rata tempat. Sampah hendaklah dibuang ke dalam
                            tong sampah yang disediakan. Kebersihan  kelas menjadi
                            tanggungjawab murid-murid  kelas yang berkenaan dan
                            adalah  menjadi kesalahan  bagi murid-murid  yang menulis,
                            melukis, menconteng dan mengotorkan bangunan sekolah.

                       17.2  Murid-murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik air
                            dan tandas. Tandas yang digunakan mestilah dialirkan airnya
                            dan jangan memasukkan sebarang benda yang tidak mudah
                            hancur  dan  reput  ke  dalam  lubang  tandas/singki.  Paip  air
                            hendaklah sentiasa ditutup selepas digunakan. Murid-murid
                            dilarang membasuh kaki di singki.

                       17.3  Semua murid, guru  dan kakitangan  sekolah  dikehendaki
                            mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan
                            dan  mencegah sebarang usaha untuk  mencemari
                            kebersihan  bilik  darjah,  tandas,  kantin,  bilik-bilik  makmal,

                            perpustakaan, bangunan dan kawasan sekolah.
                       17.4  Pakaian yang bersih  serta  kemas dan  kebersihan diri
                            mencerminkan peribadi dan personaliti seseorang murid.
                                              53
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58