Page 51 - iMessage 2021
P. 51

13.0  LAWATAN DAN PELAWAT-PELAWAT
                  13.1  Jika  lawatan  ke  luar  negeri,  permohonan  melalui  Pengetua
                       hendaklah  sampai  kepada  Pengarah  Pendidikan  Negeri  enam
                       minggu sebelum tarikh lawatan.

                  13.2  Sebarang lawatan atau rombongan hendaklah  diiringi  dua orang
                       guru pengiring sekurang-kurangnya  seorang  guru  lelaki  dan
                       seorang guru wanita.
                  13.3  Sebarang lawatan atau rombongan tidak dibenarkan sekiranya
                       tiada guru-guru pengiring.  Guru-guru dianggap sebagai  ketua
                       rombongan sekolah  :  Semua rombongan sekolah hendaklah
                       terlebih dahulu  mendapat persetujuan daripada Pengetua atau
                       pihak berkenaan (Pengarah Jabatan Pendidikan WP Putrajaya).
                  13.4  Murid-murid yang ingin menyertai  lawatan  atau  rombongan
                       hendaklah  mendapat  kebenaran  bertulis  ibu  bapa  dengan
                       menggunakan borang khas.

                  13.5  Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa dengan murid
                       kecuali setelah mendapat kebenaran daripada Pengetua.
                  13.6  Jika pelawat atau ibu  bapa/penjaga yang datang itu berhajat
                       membawa keluar murid berkenaan kerana sesuatu sebab darurat,
                       maka kebenaran Pengetua hendaklah diambil terlebih dahulu















                                           51
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56