Page 15 - GET READY BM 6 六年级预习本国文
P. 15
Bahasa Melayu Tahun 6 Pemahaman
PEMAHAMAN 理解
1 CERITA : Belalang yang Sombong
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari.
Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Belalang mempunyai banyak teman di dalam
六年级预习本国文, 版权所有·侵权必究
taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka sering bermain dan menyanyi
bersama-sama.
Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka
semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan
tiba. Belalang tidak percaya hujan akan turun sebentar lagi. Belalang asyik menyanyi dan menari
sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan
turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Belalang berasa sangat lapar tetapi di rumahnya
tiada makanan.
Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakan-rakannya untuk mencari
makanan sebelum musim hujan. Apabila hujan berhenti, lebah teringat akan belalang. Dia keluar
dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Lebah amat terperanjat melihat belalang yang
terlantar di atas katil.
“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang
terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakan-rakannya yang lain untuk menolong
belalang. Akhirnya, belalang sembuh dan sihat. Belalang berasa insaf. Sejak itu, belalang sering
mendengar nasihat rakan-rakannya.
Kaya Bahasa
harum – wangi 芳香 berlindung – berteduh 躲避
terlantar – terbaring 横卧 pucat – air muka yang putih pudar seolah-olah sakit 苍白
1. Apakah yang dilakukan oleh belalang B tiada tempat berlindung.
pada setiap hari? C tidak mengikut nasihat rakan-
A Bermain rakannya untuk mencari makanan.
B Menyanyi dan bermain D dia suka menyanyi dan menari.
C Bermain dan makan
D Menyanyi dan menari 4. Semua pernyataan berikut benar
berdasarkan petikan, kecuali
2. Mengapakah semua rakan belalang sibuk A belalang akhirnya insaf dan
mencari makanan dan berpindah? mendengar nasihat daripada rakan-
A Musim panas akan tiba rakannya.
B Musim hujan akan tiba B rama-rama telah keluar dari sarangnya.
C Makanan akan habis C akibat lapar, akhirnya belalang jatuh
D Taman bunga musnah sakit.
D taman bunga merupakan tempat tinggal
3. Belalang berasa menyesal kerana pelbagai jenis bunga dan serangga.
A tiada rakan-rakan yang baik.
73

