Page 16 - GET READY BM 6 六年级预习本国文
P. 16

Bahasa Melayu Tahun 6  Pemahaman


                       2      FAKTA :  Kepentingan Komputer

              Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

                Komputer menjadi peralatan yang penting kepada semua orang. Setiap rumah kini boleh
                dikatakan mempunyai sebuah komputer. Terdapat pelbagai jenis jenama komputer seperti Acer,
                Lenovo, Apple dan sebagainya. Komputer memberikan banyak manfaat kepada murid-murid.
                    Antara manfaat komputer kepada murid-murid adalah untuk mendapatkan maklumat melalui
                kemudahan Internet. Dengan melayari Internet, pelbagai sumber maklumat dapat diperoleh
                dengan mudah. Murid-murid dapat mencari maklumat melalui paparan informasi dalam laman
                           六年级预习本国文, 版权所有·侵权必究
                sesawang rasmi atau melalui perkongsian daripada individu dalam laman sesawang sosial.
                    Selain itu, murid-murid juga dapat menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru
                dengan komputer. Projek sekolah yang diberikan oleh guru dapat disiapkan dengan mudah
                dengan adanya komputer. Contohnya, kita boleh berbincang mengenai tugasan bersama dengan
                rakan-rakan melalui alam maya tanpa perlu berjumpa.
                    Di samping itu, komputer juga penting untuk meningkatkan daya kreativiti murid-murid.
                Terdapat banyak perisian komputer yang membolehkan murid melukis, mewarna dan mencipta
                apa-apa sahaja. Melalui cara ini, komputer dapat meningkatkan kemahiran berf kir murid-murid
                supaya lebih berinovatif dalam mencipta sesuatu inovasi.
                    Kesimpulannya, komputer menjadi medium yang amat penting dalam proses menuntut
                ilmu. Justeru, murid-murid perlulah bijak menggunakan komputer untuk menjadi murid yang
                cemerlang.

                                                       Kaya Bahasa

                manfaat – faedah / kebaikan 好处、益处                informasi – pengetahuan / maklumat 资讯
                inovasi – memulakan sesuatu yang baharu 创新       medium – perantara 媒介
              	 1.	 Apakah manfaat penggunaan komputer kepada murid-murid?






              	 2.	 Bagaimanakah penggunaan komputer boleh meningkatkan daya kreativiti murid-murid?






              	 3.	 Tulis perkataan “BETUL” pada pernyataan yang betul dan “SALAH” pada pernyataan yang
                   salah berdasarkan petikan.
                    Komputer menjadi peralatan yang penting kepada semua orang.
                    Komputer boleh melemahkan tahap kreativiti murid-murid.

                    Murid-murid boleh menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan.
                    Murid-murid hanya akan bermain permainan interaktif di komputer.




                                                           74
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21