Page 17 - GET READY BM 6 六年级预习本国文
P. 17
Bahasa Melayu Tahun 6 Pemahaman
3 BIOGRAFI : Tan Sri P. Ramlee
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Tan Sri P. Ramlee merupakan seniman agung negara kerana jasanya yang amat besar dalam
industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Perjuangannya dalam arena seni selama
25 tahun membawa P. Ramlee ke mercu kejayaan sebagai penyanyi, penggubah lagu, pemuzik,
pelakon, pengarah f lem dan penerbit f lem.
Hasil perkongsian hidup Teuku Nyak Putih Teuku Karim dengan Che Mah Hussein sejak
tahun 1925, lahirlah P. Ramlee pada 22 Mac 1929 pada pagi Hari Raya Aidilf tri. Beliau dilahirkan
六年级预习本国文, 版权所有·侵权必究
di rumah neneknya di Pulau Pinang.
P. Ramlee memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudiannya
di Francis Light School. Seterusnya, beliau menyambung pelajarannya di Penang Free School
sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Semasa Perang Dunia Kedua, P. Ramlee telah
mendapat pendidikan di Japanese Navy School.
P. Ramlee telah berlakon dalam 66 buah f lem. Bermula dengan f lem pertama Chinta (1948)
sehinggalah f lem terakhirnya Laksamana Do Re Mi (1972). Dalam dunia seni suara pula, P. Ramlee
telah mendendangkan sebanyak 359 buah lagu seperti Dendang Perantau, Azizah, Bunyi Gitar,
Getaran Jiwa dan Madu Tiga.
P. Ramlee telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi hari Selasa, 29 Mei 1973 ketika
berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala
Lumpur.
Kaya Bahasa
seniman – orang yang mempunyai bakat mercu – bahagian yang tertinggi 顶端
seni (lelaki) 男性艺术家 menghembuskan nafas terakhir –
meletus – meledak / bermula 爆发 meninggal dunia / mati 去世
1. Bilakah Tan Sri P. Ramlee dilahirkan? 4. Pilih pernyataan yang benar tentang Tan
A 29 Mei 1973 Sri P. Ramlee.
B 25 Mac 1925 I Beliau dilahirkan pada pagi Hari Raya
C 22 Mac 1929 Aidilf tri.
D 29 Mei 1972 II Beliau pernah mendapat pendidikan
di British Navy School.
2. Filem terakhir lakonan Tan Sri P. Ramlee III Jenazah beliau telah dikebumikan di
ialah Jalan Gombak, Kuala Lumpur.
A Laksamana Do Re Mi. IV Beliau dilahirkan di Pulau Pinang.
B Penarik Beca. A I dan II
C Laksamana Hang Tuah. B I dan IV
D Chinta. C II dan III
3. Berapakah buah lagu yang telah D III dan IV
didendangkan oleh Tan Sri P. Ramlee
sepanjang hayatnya?
A 358 B 359
C 441 D 256
75

