Page 6 - SKOR A+ UPSR BM 特优A+系列国文
P. 6
Skor A+ dalam UPSR Bahasa Melayu Ulasan Soalan UPSR Bahasa Melayu SJK 2019
PENULISAN – BAHAGIAN A
Jawapan dan Ulasan
• Soalan membina ayat berdasarkan gambar tunggal – 1 gambar.
• Tulis 5 ayat berdasarkan aktiviti-aktiviti pengunjung semasa berkelah.
1 Encik Damian sedang minum air kotak sambil memerhatikan anak-anaknya bermain di
tepi pantai.
2 Puan Laili mencedok makanan daripada bekas makanan untuk diberikan kepada
特优A+系列国文, 版权所有·侵权必究
suaminya.
3 Kareena dan Karmila sedang bermain bola dengan riang di tepi pantai.
4 Hariz dan Hilas membina istana pasir yang cantik dengan gembira.
5 Jackson berlari sambil menggalas pelampung ke pinggir pantai.
5 ayat contoh yang lain:
6 Hilman sedang mengaut pasir menggunakan sudip ke dalam sebuah baldi.
7 Albert sedang bermain perahu layar sambil menikmati pemandangan sekitar pantai.
8 Rajesh dan Chong berenang ke pinggir pantai bersama-sama.
9 Seorang pengunjung sedang bermandi-manda di pantai menggunakan pelampung.
10 Suasana di pantai itu sangat nyaman serta dimeriahkan dengan pengunjung-pengunjung
yang datang bersama keluarga mereka.
PENULISAN – BAHAGIAN B
Jawapan dan Ulasan
• Soalan menulis ulasan berdasarkan gambar.
• Tulis ulasan tentang langkah-langkah menjaga keselamatan di rumah dalam bentuk
perenggan.
• Panjangnya ulasan hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.
Gambar menunjukkan maklumat tentang langkah-langkah menjaga keselamatan di
rumah. Langkah pertama ialah kita mestilah sentiasa mengunci rumah bagi mengelakkan
individu yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah. Selain itu, kita dapat mengelakkan anjing
liar masuk ke dalam kawasan rumah. Langkah seterusnya ialah kita perlu menggunakan satu
soket untuk satu plag. Hal ini demikian kerana kita dapat mengelakkan berlakunya litar pintas
atau kerosakan pada soket tersebut. Langkah yang terakhir ialah kita hendaklah menyimpan
peralatan dapur dengan betul. Sebagai contoh, simpan peralatan tajam di tempat yang
selamat bagi mengelakkan kanak-kanak dapat mengambilnya dengan mudah. Selain itu,
semua perkakas dapur perlu disusun dengan kemas supaya tidak menghalang laluan atau
terjatuh sehingga pecah dan boleh menyebabkan kecederaan. Kesimpulannya, kita mestilah
menitikberatkan aspek keselamatan walau di mana-mana kita berada bagi mengelakkan
kejadian yang tidak diingini berlaku.
© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 2020 U – 4
U1-U8_Skor A+ 2020 BM.indd 4 21/11/2019 4:45 PM

