Page 8 - SKOR A+ UPSR BM 特优A+系列国文
P. 8
Skor A+ dalam UPSR Bahasa Melayu Ulasan Soalan UPSR Bahasa Melayu SJK 2019
Soalan Jawapan dan Ulasan
2 • Menulis karangan berbentuk cerita berdasarkan poster yang diberi.
• Karangan tersebut berkaitan cerita tentang kempen kitar semula yang diadakan
di sekolah kamu.
• Panjangnya karangan hendaklah antara 70 hingga 100 patah perkataan.
特优A+系列国文, 版权所有·侵权必究
SJKC Bakti Jaya telah mengadakan Kempen Kitar Semula pada 29 Jun 202_
bertempat di Dewan Gemilang. Kempen ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00
petang. Kempen ini melibatkan warga sekolah.
Tujuan utama kempen ini diadakan adalah untuk memupuk sikap cinta
akan alam sekitar dalam kalangan murid-murid dan guru. Kempen kitar semula
dapat menjadikan persekitaran sekolah lebih sihat dan bersih. Melalui kempen kitar
semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal
penyakit daripada merebak.
Selain itu, kempen ini dapat mencungkil bakat dan kreativiti dalam reka cipta.
Bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti surat khabar, majalah, tin aluminium
dan botol plastik boleh dijadikan barangan yang baharu. Sebagai contoh bunga
yang unik dapat dihasilkan dengan menggunakan kertas terpakai. Gabungan bahan
yang pelbagai warna dapat lebih menyerlahkan bunga hiasan yang dihasilkan.
Hasil yang kreatif tersebut juga boleh dijual dan dapat menambahkan sumber
pendapatan.
Pelbagai aktiviti diadakan, antaranya ialah pengumpulan bahan-bahan
kitar semula seperti plastik, kertas, tin dan kaca. Murid-murid perlu membawanya
dari rumah dan dikumpulkan di sekolah untuk dikitar semula. Selain itu, terdapat
reka cipta peralatan daripada bahan terbuang. Aktiviti ini melibatkan murid tahap
dua dan secara berkumpulan. Seterusnya, terdapat pameran kraf tangan yang
dihasilkan daripada bahan kitar semula seperti bakul, pasu bunga, bekas makanan,
alat perhiasan diri dan sebagainya.
Kempen ini mendapat sambutan yang baik daripada warga sekolah. Terdapat
juga hadiah cabutan bertuah bagi sesiapa yang menyertai kempen ini. Guru besar
turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang diadakan
pada hari tersebut.
Kesimpulannya, kempen kitar semula memberikan banyak faedah dan dapat
melahirkan generasi yang mencintai alam sekitar. Semua pihak perlu bekerjasama
menjaga alam sekitar agar persekitaran kita sentiasa bersih dan selamat.
© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 2020 U – 6
U1-U8_Skor A+ 2020 BM.indd 6 21/11/2019 4:45 PM

