Page 7 - SKOR A+ UPSR BM 特优A+系列国文
P. 7
Skor A+ dalam UPSR Bahasa Melayu Ulasan Soalan UPSR Bahasa Melayu SJK 2019
PENULISAN – BAHAGIAN C
Soalan Jawapan dan Ulasan
1 • Menulis karangan berbentuk surat kiriman tidak rasmi berdasarkan maklumat
yang diberi.
• Karangan tersebut menceritakan keadaan sekolah baharu kepada rakan di
sekolah yang lama.
特优A+系列国文, 版权所有·侵权必究
• Panjangnya karangan hendaklah antara 70 hingga 100 patah perkataan.
Aisyah Humaira binti Ariff
24, Jalan Mahkota,
Taman Harmoni,
83000 Batu Pahat,
Johor.
11 Januari 202_
Menemui sahabatku yang berada di Rawang, Selangor. Semoga saudari
dan keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Tujuan saya menulis surat
ini adalah untuk menceritakan keadaan sekolah baharu saya.
Sekolah baharu saya terletak di kawasan bandar dan berdekatan dengan
taman permainan dan sebuah perpustakaan awam. Bilangan murid-murid di
sekolah ini juga ramai dan terdiri daripada pelbagai kaum. Saya ditempatkan di
Tahun Enam Impian dan duduk di sebelah rakan baharu saya yang bernama Qayla
Myzara. Guru kelas saya pula bernama Cikgu Aina Izzati.
Sekolah baharu saya sangat besar dan cantik. Landskap sekolah ini juga
sangat indah dan telah beberapa kali memenangi Pertandingan Landskap Sekolah
Tercantik peringkat negeri. Guru-guru di sekolah saya juga sangat baik dan
bertanggungjawab. Kawan-kawan baharu saya juga tidak sombong dan sering
memberikan tunjuk ajar kepada saya.
Saya sangat rindukan saudari, rakan-rakan dan guru-guru di sekolah yang
lama. Saya berharap persahabatan kita akan berkekalan sampai bila-bila. Jika
mempunyai kesempatan, saya akan melawat saudari sekeluarga.
Sampai di sini sahaja surat saya buat saudari. Semoga saudari sudi membalas
surat saya dan menceritakan keadaan saudari di sana. Sampaikan salam saya
kepada keluarga, rakan-rakan dan guru-guru saudari.
Yang benar,
Aisyah Humaira
U – 5 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 2020
U1-U8_Skor A+ 2020 BM.indd 5 21/11/2019 4:45 PM

