Page 43 - 200 Contoh Penulisan BM 国文书写200篇456年级
P. 43

Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6  Cerita


                                                                                     Cerita
                                     Bijak Berbelanja
                     92




              Kamu hendak membeli buku dan alat tulis di pekan. Ceritakan cara kamu menguruskan perbelanjaan
              kamu dengan selengkapnya.


              i-THINK
              i-THINK
                          国文书写200篇456年级, 版权所有·侵权必究
















                ,BNVT .JOJ
                             not 钞票                      berbelanja 消费          mengangguk 点头
                             menyenaraikan 列表            jenama 品牌              kebijaksanaan 智慧


                Pada suatu petang, saya meminta izin daripada ibu untuk pergi ke kedai bagi membeli buku
                dan alat tulis. Ibu memberikan keizinan serta menghulurkan not bernilai RM50. Saya berasa
                gembira dan mengucapkan terima kasih kepada ibu.
                      Sebelum pergi, ibu berpesan supaya berjimat semasa berbelanja. Saya mengangguk
                tanda faham. Saya menyenaraikan barang yang hendak dibeli berserta anggaran kos terlebih
                dahulu.
                      Sampai sahaja di kedai, saya terus menuju ke tempat barang yang dikehendaki. Saya
                mengambil buku dan alat tulis seperti pensel, pemadam dan pensel warna mengikut senarai
                barang yang telah saya senaraikan.
                      Selain itu, saya sempat membuat perbandingan harga bagi alat tulis yang sama. Hal
                ini demikian kerana terdapat pelbagai jenama alat tulis. Saya memilih alat tulis yang murah
                tetapi berkualiti.
                      Setelah selesai memilih alat tulis dan buku, saya terus menuju ke kaunter pembayaran.
                Juruwang itu mengira kesemua barang tersebut dengan teliti. Jumlah barang tersebut bernilai
                RM30.00. Saya berasa lega dapat berbelanja mengikut bajet yang dianggarkan.
                      Setibanya di rumah, saya memulangkan baki wang kepada ibu. Saya juga menunjukkan
                barang-barang yang dibeli. Ibu memuji kebijaksanaan saya dalam menguruskan perbelanjaan.
                Sebagai ganjaran, ibu memberikan baki wang tersebut kepada saya untuk disimpan ke dalam
                tabung.


                                                          104







         P101 to 116_200 Cth BM.indd   104                                                              8/27/21   2:53 PM
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48