Page 15 - CONTOH PENULISAN KSSR BM 5 国文书写100篇5
P. 15
Membina Ayat: Gambar Berpusat
MODEL
27 Kegunaan Ikan
Gambar di bawah menunjukkan kegunaan ikan.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang kegunaan tersebut.
国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究
Isi-isi Penting Kamus Mini
Isi-isi Penting
Kamus Mini
✦ dihancurkan sehingga lumat 捣至粉碎 lumat 像粉末一样细
✦ disiang dengan bersih 被刮干净(鱼鳞等) juadah 干粮;小吃
✦ diproses 被加工 dilumur 被沾满
✦ dilumur dengan garam 被沾满盐
✦ dijadikan ikan peliharaan 成为饲养鱼 peliharaan 被饲养
✦ mempunyai pelbagai kegunaan 有各种用途 manfaat 用处
✦ memelihara habitat 保护(动植物的)生活环境 habitat (动植物的)生活环境
1. Ikan yang telah dihancurkan sehingga lumat boleh dijadikan keropok ikan dan keropok
lekor.
2. Ikan yang telah disiang dengan bersih juga boleh dijadikan juadah makanan seperti
ikan goreng, gulai ikan dan sebagainya.
3. Ikan juga boleh diproses menjadi bebola ikan atau nuget ikan yang menjadi kegemaran
kanak-kanak.
4. Ikan kering juga berasal daripada ikan yang telah dilumur dengan garam, kemudian
dikeringkan di bawah sinaran matahari.
5. Ikan yang mempunyai sirip, sisik dan ekor yang cantik dijadikan ikan peliharaan.
2 ayat contoh yang lain:
6. Ikan mempunyai pelbagai kegunaan dan banyak memberi manfaat kepada manusia.
7. Kita perlu memelihara habitat ikan agar terus terpelihara.
27

