Page 20 - CONTOH PENULISAN KSSR BM 5 国文书写100篇5
P. 20

Menulis Karangan: Berita
                 MODEL
                  84                  Keracunan Makanan





                Tulis sebuah berita tentang kejadian keracunan makanan yang berlaku di sebuah sekolah. Tulis
                berita kamu itu selengkapnya.

                                                             Rangka Karangan
                                                             Rangka Karangan
                           国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究
                                                           Pd   ❧ tempat, tarikh – keracunan makanan
                                                            I   ❧ punca – makan nasi lemak di kantin sekolah
                                                               ❧ jumlah murid yang muntah – bertambah
                                                               ❧ pihak hospital telah dihubungi
                                                               ❧ tempat memasak di kantin – sangat kotor
                                                           Pn   ❧ bercadang untuk membawa bekal ke sekolah

                                                             Kamus Mini
                                                             Kamus Mini
                                                           keracunan 中毒                melarang 阻止
                                                           dikejarkan 被赶至              wad 病房
                                                           rapi 完善                     terjamin 受保障



                   KLUANG, 7 Jun – Sebanyak 22 orang murid dari SJKC Kampung Tekukur telah mengalami
                   keracunan makanan. Kejadian telah berlaku pada pukul 10.30 pagi ketika murid-murid makan
                   nasi lemak di kantin sekolah. Kejadian tersebut menyebabkan semua mangsa dihantar ke
                   Hospital Kluang untuk mendapatkan rawatan susulan.
                         Menurut guru besar sekolah tersebut, pada awalnya hanya dua orang murid yang
                   muntah. Beberapa minit kemudian, jumlah murid yang muntah semakin bertambah. Tanpa
                   berf kir panjang, beliau melarang murid-murid daripada memakan nasi lemak yang dibeli.
                         Murid-murid yang disyaki mengalami keracunan makanan telah dibawa ke bilik
                   kesihatan. Memandangkan kejadian tersebut agak serius, pihak hospital telah dihubungi.
                   Kira-kira 20 minit kemudian, ambulans telah datang dan semua mangsa  dikejarkan ke
                   hospital.
                         Tiga orang pegawai kesihatan daripada Kementerian Kesihatan telah memeriksa kantin
                   sekolah. Menurut pegawai kesihatan tersebut, keadaan tempat memasak di kantin sekolah
                   sangat kotor. Mereka mengarahkan pengusaha kantin menutup perniagaan selama dua
                   minggu untuk tujuan pembersihan.

                         Semua mangsa yang dihantar ke hospital telah ditahan di wad. Ibu bapa mereka
                   telah dihubungi oleh pihak sekolah untuk memaklumkan kejadian tersebut. Doktor yang
                   bertugas telah membuat pemeriksaan rapi terhadap setiap mangsa.
                         Ekoran daripada kejadian tersebut, banyak murid bercadang untuk membawa bekal
                   ke sekolah. Cara ini bukan sahaja dapat memastikan kesihatan terjamin, malahan dapat
                   menjimatkan wang. Kini, murid-murid semakin sedar betapa pentingnya menjaga kebersihan.



                                                            87
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25