Page 19 - CONTOH PENULISAN KSSR BM 5 国文书写100篇5
P. 19
Menulis Karangan: Berita
MODEL
83 Sambutan Hari Guru
Sekolah kamu baru sahaja meraikan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Tulis berita tentang
sambutan itu. Tulis berita kamu itu selengkapnya.
Rangka Karangan
Rangka Karangan
国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究
Pd ❧ tempat, tarikh – menyambut Hari Guru
I ❧ perhimpunan rasmi dan ucapan
❧ kerjasama – PIBG dengan pihak sekolah
❧ para murid mengadakan persembahan
❧ pemilihan tema – bertepatan
Pn ❧ semua pihak berasa gembira
Kamus Mini
Kamus Mini
sukaneka 各种运动(比赛) akhlak 品德
falsafah 理念 jasmani 身体
intelek 智力 jamuan 宴会
Karangan
Terbaik
Tempat dan tarikh merupakan sebahagian daripada format
KULAIJAYA, 16 Mei – SK Paduka Mahkota telah menyambut Hari Guru secara besar-
besaran semalam. Ini merupakan kali keempat sekolah tersebut mengadakan
sambutan sebegini.
Menurut guru besar sekolah tersebut, Tuan Haji Mohamad Noh, sambutan ini
bermula dari pagi hingga petang. Acara sambutan dimulakan dengan perhimpunan
rasmi dan ucapan pada waktu pagi. Acara petang pula dimeriahkan dengan
persembahan daripada murid-murid dan guru-guru serta aktiviti sukaneka.
Sambutan ini dapat diadakan kerana kerjasama yang erat antara PIBG
dengan pihak sekolah serta sokongan daripada murid-murid. Berbagai-bagai acara Jumlah
telah disusun sempena sambutan ini. isi yang
Di samping itu, para murid mengadakan persembahan seperti nyanyian, cukup dan
tarian, lakonan dan sebagainya. Terdapat juga ibu bapa yang terlibat sama dalam tersusun
acara persembahan tersebut.
Sambutan Hari Guru pada tahun ini bertemakan “Guru Membina Ilmu
Menyempurnakan Akhlak”. Sememangnya pemilihan tema tersebut bertepatan
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan murid
yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Sambutan Hari Guru ini berakhir dengan jamuan ringan pada pukul
6.00 petang. Semua pihak berasa gembira kerana sambutan telah berjalan lancar
sebagaimana yang telah dirancangkan dan disambut dengan meriah sekali.
86

