Page 20 - SIRI MAHIR TATABAHASA BM 6 单元语法练习国文6
P. 20
Bahasa Melayu Tahun 6 Mari Bercerita Bahasa Melayu Tahun 6 Mari Bercerita
单元语法练习国文6, 版权所有·侵权必究
Si Rinda mengumpulkan makanan yang sangat banyak di dalam rumahnya.
Pada suatu hari, hujan turun dengan lebatnya. Rinda mula berasa bimbang
kerana atap dan lantai rumahnya bocor. Air sungai semakin melimpah. Walau
bagaimanapun, Rinda masih gembira kerana mempunyai makanan yang banyak.
Hujan semakin lebat, air sungai pula melimpah dengan cepatnya. Rinda
berasa sangat takut. Rinda menangis dan menjerit ketakutan tetapi semua haiwan
tidak mendengar jeritannya kerana guruh dan kilat sabung-menyabung.
Bocor pada atap rumahnya semakin besar. Air masuk mencurah-curah.
Rinda cuba menyelamatkan semua makanannya daripada dihanyutkan air tetapi
arus sungai terlalu deras. Akhirnya, semua makanannya dihanyutkan arus deras.
Semasa cuba menyelamatkan makanannya, Rinda tergelincir lalu terjatuh ke dalam
sungai. Akhirnya, Rinda mati lemas akibat sikapnya yang tamak.
✿ rimba = hutan 森林
Kita janganlah bersikap
✿ tamak = sikap yang suka memiliki sesuatu secara tamak dalam mendapatkan
banyak 贪心 sesuatu kerana kita mungkin
akan mendapat musibah
✿ tengkujuh = musim hujan 雨季 akibat sikap kita sendiri.
✿ bimbang = risau, takut 担心、害怕
3 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.

