Page 22 - SIRI MAHIR TATABAHASA BM 6 单元语法练习国文6
P. 22
Bahasa Melayu Tahun 6 Mari Bercerita
3
Akibat Tidak Mendengar Nasihat Ibu
单元语法练习国文6, 版权所有·侵权必究
Lily merupakan anak tunggal kepada
Encik Johnsan dan Puan Katerina. Dia selalu
dimanjakan oleh ayah dan ibunya. Oleh sebab
itu, Lily menjadi keras kepala dan tidak mahu
mendengar nasihat ayah dan ibunya.
Lily gemar bermain di pinggir hutan yang
terletak di belakang rumahnya. Dia gemar mengejar dan menangkap rama-rama.
Ibunya selalu berpesan supaya tidak bermain terlalu jauh kerana terdapat seekor
serigala yang amat buas tidak jauh dari rumah mereka.
Semasa sedang mengejar rama-rama, Lily
tidak sedar bahawa dia telah termasuk ke dalam
hutan. Lily sangat takut. Tiba-tiba, dia terdengar
bunyi lolongan serigala. Lily berasa sangat cemas.
Lily teringat pesanan ayah dan ibunya.
Dia berasa takut sekiranya terserempak dengan
serigala yang buas itu. Lily takut dimakan oleh serigala. Lily bersembunyi di sebalik
batu besar.
© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 6

