Page 21 - SIRI MAHIR TATABAHASA BM 6 单元语法练习国文6
P. 21
Bahasa Melayu Tahun 6 Mari Bercerita
2
Rusa yang Sombong
单元语法练习国文6, 版权所有·侵权必究
Di dalam sebuah hutan yang permai, tinggal seekor rusa yang memiliki
tanduk yang sangat cantik. Kecantikan tanduknya menjadi sebutan haiwan-haiwan
lain. Rusa selalu berbangga dengan memuji-muji kecantikannya sendiri.
Rusa selalu memperlekehkan haiwan lain yang tidak mempunyai tanduk.
Dia juga selalu mengejek kambing dan lembu kerana mempunyai tanduk yang
kontot dan bengkok.
Pada suatu hari, kawasan tempat tinggal mereka
telah diserang seekor singa yang garang. Singa itu gemar
memburu haiwan-haiwan lain untuk dijadikan sajiannya.
Semua haiwan hidup dalam ketakutan dan sentiasa
berhati-hati.
Semasa sedang minum air di tepi sungai, rusa memerhatikan bayang-
bayangnya di permukaan air. Dia berasa amat gembira dan berbangga kerana
memiliki tanduk yang sangat cantik.
© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 4

