Page 78 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 78
SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN 2021
12.2.6. Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanjawan
Tahunan bagi tahun berikutnya.
12.2.7. Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka
membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi
peraturan kewangan.
12.3. Bilik-bilik Khas
12.3.1. Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang
bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
12.3.2. Penyeliaan adalah seperti berikut :
- Surau - Bilik Matematik
- Bilik RBT - Bilik PSV
- Bilik Sains - Bilik Frog VLE / Google Classroom
- Makmal ICT - Bilik Muzik
- Bilik PSS - Studio
- Bilik SPBT - Bilik Mesyuarat
- Bilik Sukan dan Bilik Kokurikulum - Bilik Seminar
- Bilik Pemulihan Khas
- Bilik Bimbingan dan Kaunseling
12.3.3. Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa
mesti disediakan.
12.3.4. Arahan keselamatan, peraturan dan prosedur penggunaan perlu
dipaparkan dengan jelas bagi setiap bilik khas.
12.3.5. Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan yang
kondusif, selamat dan sesuai sebagai fungsi bagi setiap bilik khas itu.
12.4. Jawatankuasa Pemantauan
12.4.1. Guru Besar.
12.4.2. Penolong Kanan Pentadbiran.
12.4.3. Penolong Kanan HEM.
12.4.4. Penolong Kanan Ko Kurikulum.
12.5. Penyeliaan Buku Latihan Murid
12.5.1. Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun
bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif.
12.5.2. Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku dari setiap
kelas yang diajar untuk semakan jawatankuasa.
76

