Page 80 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 80

SK IPGM PERLIS                                  MANUAL PENGURUSAN              2021



               13.0. ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA

               13.1.       Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat
                              Kewangan Sekolah.
               13.2.       Setiap Panitia dikehendaki menyediakan anggaran perbelanjaan
                              tahun berikutnya dengan mengisi Lampiran PK 14/1 bagi
                              mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bantu
                              mengajar kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran seminggu sebelum
                              cuti akhir tahun persekolahan semasa.
               13.3.       Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan
                              mesti mengikut  Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
               13.4.       10% peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk pembelian
                              ABM bagi kegunaan awal tahun.
               13.5.       Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan yang ditetapkan.


               14.0. BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN

               14.1.      Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
               14.2.      Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
               14.4.      PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu PdPc bagi mata
                             pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi Program NILAM.
               14.5.      Bagi mata pelajaran selain dari bahasa dibenarkan masuk ke PSS
                             dengan tujuan pengajaran berfokus dan rujukan sekiranya telah
                             dirancang di dalam Buku Persediaan Mengajar dan Bilik PSS telah
                             ditempah terlebih dahulu.
               14.6.      Kebenaran khas diberi waktu ketiadaan guru, guru ganti dibenarkan
                             membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat atau menonton video
                             berkaitan pembelajaran tetapi hendaklah secara terancang dan
                             terkawal.
               14.7.      Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh guru-
                             guru bahasa.
               14.8.      Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh guru
                             bahasa.
               14.9.      Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh GPM.
               14.10.    Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset
                             panitia.

               15.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

               15.1.       Semua program utama yang berlangsung dalam PdPc dibuat
                              berdasarkan keperluan panitia.
               15.2.       Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan
                              akademik yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid.
               15.3.       Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi membantu
                              semua Panitia dalam merancang dan melaksana program akademik.
               15.4.       Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk
                              program akademik panitia berkenaan.


                                                           78
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85