Page 81 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 81
SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN 2021
15.5. Penglibatan semua GPK dan GBK adalah wajib bagi penyelarasan
Program Akademik.
16.0. PERKEMBANGAN STAF
16.1. Kursus Dalaman
16.1.1. Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat
ringkas Kepada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran
apabila pulang berkursus menggunakan format minit curai.
16.1.2. Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut
keperluan dan budi bicara Guru Besar dan Guru Penolong Kanan apabila
dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
16.1.3. Bahan edaran kursus adalah aset sekolah dan guru menyimpan salinan
untuk keperluan sendiri dan guru lain.
16.2. Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi
16.2.1. Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus.
16.2.2. Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan yang
kecil untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar.
16.2.3. Lawatan boleh diadakan oleh panitia.
16.3. Bahan-bahan Ilmiah Kursus
16.3.1. Diperbanyakkan untuk keperluan guru lain.
16.3.2. Disimpan untuk rujukan panitia
17.0. KAJIAN TINDAKAN
17.1. Semua Panitia mata pelajaran disarankan membuat satu kajian
tindakan setiap tahun.
17.2. Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan
sekolah.
18.0. DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PDPC DAN PEPERIKSAAN
18.1. Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan
menggunakan Font Century Gothic 10 bagi Tahap 1 dan Times New
Roman 10 bagi Tahap 2 dan set-up kertas left & right 0.5 dan top &
bottom pada 0.5
79

