Page 6 - PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
P. 6
Isu mengenai perpaduan dan integrasi penduduk selalu
mendapat perhatian di Negara-negara yang mempunyai
pelbagai kaum terutamaya bagi Negara-negara yang
mempunyai penduduk yang terdiri daripada imigran dari
Negara lain seperti Britain, Kanada, Australia, Jerman
Belanda, Malaysia dan sebagaiya (Soroka et.al 2007).
Imigran-imigran ini membawa agama , kepercayaan bahasa ,
budaya dan cara hidup yang berbeza dengan penduduk
tempatan (Abdul Razaq et al 2010). Penduduk Malaysia
terdiri tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India serta
kaum-kaum minoriti yang lain.
Kewujudan masyarakat
berbilang kaum di negara ini kesan daripada penjajahan
British ke atas Tanah Melayu sekitar yang telah membawa
masuk secara besar-besaran orang-orang Cina dan India
untuk bekerja di lombong-lombong dan ladang-ladang.
Dasar “pecah dan perintah" yang diperkenalkan oleh British
menyebabkan wujudnya pemisahan dari segi tempat tinggal
dan pekerjaan antara orang Melayu, Cina dan India.
Ini
memberi implikasi besar bukan sahaja kepada polarisasi
dan hubungan kaum malah kepada sistem pendidikan di
negara hingga ke hari ini.

