Page 10 - PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
P. 10

MAKANAN
                                          MAKANAN
                        TRADISIONAL KAUM
                         TRADISIONAL KAUM

                                             MELAYU
                                              MELAYU



       Nasi lemak adalah contoh makanan orang
  Melayu yang dapat memupuk perpaduan kaum di

       Malaysia dan ia patut dijadikan makanan
   kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi

   kegemaran orang Melayu tetapi turut dipelopori
    oleh kaum Cina dan India.Nasi lemak sebagai

       contoh merupakan sajian yang popular di
    Malaysia kerana keenakannya dan nasi ini pula

       mudah disediakan. Nasi lemak yang pada
    asalnya sebagai hidangan untuk sarapan pagi


      dalam kalangan etnik Melayu tetapi kini telah menjadi pilihan semua etnik di Malaysia.
      Bertitik tolak daripada menjadi hidangan sarapan pagi, namun kerana  penerimaan

    meluas dalam kalangan masyarakat setempat dan antarabangsa, kini nasi lemak bukan

    sahaja untuk hidangan sarapan pagi tetapi boleh didapati sepanjang masa dan setiap
    hari. Nasi lemak yang pada satu ketika dahulu hanya dinikmati di rumah kini nasi lemak

       dapat diperoleh di tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti di gerai makanan,
    restoran malah di tempat makan yang eksklusif. Dalam konteks kesepaduan sosial sama

          ada disedari ataupun tidak, nasi lemak berperanan memupuk kekuatan ikatan
     kesepaduan tersebut. Hal ini berlaku kerana pengalaman pelbagai etnik yang makan

   nasi lemak telah mengetepikan stereotaip bahawa nasi lemak adalah milik etnik Melayu,
                 sebaliknya beranggapan nasi lemak sudah menjadi milik bersama.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15