Page 11 - M.DANIAL ZAQUAN (SEJARAH TAHUN 6)
P. 11

BOWLING                                                Dilahirkan  di  England  dan  dibesarkan  di  Malaysia,  Shalin  Zulkifli  mula
                                                             bermain  boling  pada  usia  9  tahun.  Pada  tahun  1991,  beliau  menjadi

                                                             Olahragawati  Muda  Harapan  Selangor.  Tiga  tahun  kemudian,  beliau
                                                             memenangi Kejohanan Wanita Kent Malaysian All-Stars, pemain termuda


         NEGARA                                              dan pemain Malaysia pertama melakukannya.
                                                             Pertama  kali  Shalin  bertanding  di  Sukan  SEA  adalah  di  Singapura  pada
                                                             tahun  1993.  Beliau  kini  merangkul  20  pingat  emas  selepas  lapan

                                                             penampilan di Sukan SEA. Pada usia 39 tahun, jelas beliau masih berada di

                                                             kemuncak permainannya. Penampilannya yang baru-baru ini di Sukan SEA
                                                             KL 2017 membuktikannya dan ternyata banyak lagi dapat dicurahkan.

                                                             Shalin  menguasai  kejohanan  itu  dengan  memenangi  tiga  pingat  emas

                                                             dalam  acara  berpasukan,  trio,  dan  Masters.  Beliau  juga  berjaya
                                                             memenangi  pingat  perak  dalam  acara  beregu  campuran  bersama  Alex

                                                             Liew dan gangsa dalam perseorangan.
                                                             Beliau tidak berhenti di situ sahaja. Semasa ini ditulis, beliau memenangi

                                                             pingat  emas  bersama  pasukan  wanita  negara  (Siti  Safiyah  Amirah  Abdul

                                                             Rahman, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Sin Li Jane dan Natasha Roslan) di
                                                             Kejohanan Boling Dunia 2017 di Las Vegas. Beliau juga meraih pingat perak

                                                             bersama Sin Li Jane dalam acara beregu wanita selepas kalah kepada Jung
                                                             Da-Wun dan Kim Moon-Jeoung dari Korea Selatan di peringkat akhir.

                                                             Kejayaan          Shalin       bukanlah           tanpa        sebarang          pengorbanan.             Beliau

                                                             seharusnya  menjadi  inspirasi  kepada  kita  semua  dengan  kebijaksanaan
                                                             beliau  mengimbangi  kehidupan  peribadi  dan  kerjaya.  Suaminya,  Azidi

                                                             Ameran,  seorang  pemain  boling  juga;  memahami  semangat  Shalin

                                                             terhadap  sukan  ini  dan  memberikan  sokongan  moral  sepanjang
                                                             perjalanan  kariernya.  Sekarang  bergelar  sebagai  seorang  ibu,  Shalin

                                                             menyedari  bahawa  segala  pengorbanan  ini  diperlukan  untuk  menjadi

                                                             seorang atlet yang terbaik.
                                                             Shalin  adalah  salah  seorang  atlet  yang  paling  kental  semangatnya  yang

                                                             pernah  Malaysia  lahirkan.  Jiwanya  yang  masih  membara  membuktikan
                                                             bahawa  perjuangannya  belum  lagi  selesai.  Ini  menjadikan  beliau  bagai

                                                             khazanah bernilai buat negara.

                                                             Di antara penghargaan dan kejayaan beliau adalah:
                                                             Anugerah Olahragawati Malaysia (1994, 1996, 1997, 2001, 2002)

                                                                                                                                                                      SHALIN ZULKIFLI
                                                             Juara Kebangsaan Malaysia (1996, 2001-03)
                                                                                                                                                                      SHALIN ZULKIFLI
                                                             World Tenpin Masters – Juara Wanita Pertama (2001)                                                       SHALIN ZULKIFLI
                                                             Masukan Hall of Fame Boling Antarabangsa (2004)
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16