Page 10 - M.DANIAL ZAQUAN (SEJARAH TAHUN 6)
P. 10
SKUASY Datuk Nicol Ann David dilahirkan pada 26.8.1983, di
Negeri Pulau Pinang oleh ibunya seorang yang
berketurunan Cina iaitu Mary David hasil perkahwinan
NEGARA campur bersama Mr Desmond David berbangsa
India.Datuk Nicol telah mula berjinak dan meminati
permainan skuasy semasa beliau masih kecil ketika
berusia 5 tahun.Apabila beliau berumur 8 tahun
barulah beliau bermain, berlatih serta menyertai
pertandingan skuasy.
Datuk Ann David sekarang adalah pemain nombor satu
wanita dunia dan merupakan wanita Asia pertama
yang memegang gelaran tersebut kerana kejayaan
beliau menjuarai dan naib juara dalam beberapa
kejohanan pertandingan skuasy dunia boleh dikatakan
berlangsung setiap tahun sejak dari tahun 2000
hinggalah sekarang termasuklah beberapa
pertandingan skuasy bahagian Individu serta
membantu pasukan Skuasy Malaysia dalam Sukan
Komenwel dan Sukan Asia.Sebelum beliau memasuki
pertandingan bahagian senior, beliau juga pernah
menjuarai pertandingan dalam kejohanan Remaja
Dunia semasa dalam usia remajanya.
Pada Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia
Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin
bertarikh 4.6.2008, beliau telah dianugerahkan Pingat
Darjah Bakti (DB) yang membawa gelaran Datuk
kerana sumbangan jasanya mengharumkan nama
negara ke seluruh dunia dalam bidang sukan
skuasy.Semoga kejayaan Datuk Nicol Ann David akan
memberi sinar kepada pemain pelapis negara untuk
terus mengekalkan kejuaraan dunia agar dapat
dipertahankan selepas tiba masa persaraannya kelak.
NICOL ANN DAVID
NICOL ANN DAVID
NICOL ANN DAVID

