Page 9 - M.DANIAL ZAQUAN (SEJARAH TAHUN 6)
P. 9
PELUMBA BASIKAL Nama Penuh: Mohd Azizulhasni Awang
Nama Komersil: Azizulhasni Awang
Nama Panggilan: Jijoe
Gelaran: The Pocket Rocketman
Tarikh Lahir: 5 Januari 1988
Umur: 33 (2021)
NEGARA Asal: Dungun, Terengganu
Keluarga: Anak kelapan dari sembilan adik-beradik
Kerjaya: Pelumba Basikal (Atlet Malaysia)
Status: Berkahwin
Nama Isteri: Athiah Ilyana Abd Samat
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Facebook: facebook.com/Azizulhasni-Awang
Twitter: twitter.com/azizulawang
Instagram: instagram.com/azizulawangofficial
Wikipedia: ms.m.wikipedia.org/wiki/Azizulhasni_Awang
Fakta Menarik Azizulhasni Awang
Berikut adalah fakta menarik Azizul Hasni Awang dan pencapaian Azizulhasni Awang:
1. Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Perdagangan (Pengkhususan
dalam Pengurusan Sukan) di Universiti Deakin, Australia.
2. Menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati iaitu Athiah Ilyana Abd Samat
pada 20 Januari 2010.
3. Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu
Amna Maryam dan Amna Khadeeja.
4. Sebelum memasuki sekolah sukan, bakat Jijoe diasah menerusi Pasukan Berbasikal
Terengganu.
5. Mendapat hadiah basikal terpakai oleh ayahnya kerana mendapat keputusan cemerlang
dalam PMR iaitu 7A 1 B.
6. Mendapat jolokan nama The Pocket Roketman kerana saiz tubuhnya yang kecil.
7. Dibesarkan dalam keluarga angkat oleh pasangan suami isteri, Mustafa Ngah dan Salmiah
Yong. Walaupun begitu, Jijoe tetap berhubung dan rapat dengan keluarga sebenarnya
sehingga kini.
8. Bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
9. Pernah dinobatkan sebagai Olahragawan Kabangsaan di Anugerah Sukan Negara 2010 dan
Anugerah Atlit Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2010.
10. Pelbagai kejayaan hebat telah dilakar oleh jaguh sukan berbasikal ini sama ada di dalam
atau luar negara antaranya pemenang pingat gangsa di Olimpik Rio 2016, pingat gangsa
acara keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Lee Valley Velopark,
Stratford, London dan pingat emas acara kierin dan pecut 200km di Kejohanan Trek Asia
2008.
11. Pembawa bendera bagi pasukan kebangsaan Malaysia di Sukan Olimpik Beijing 2008.
12. Betisnya pernah tertusuk serpihan kayu ketika bertanding acara keirin pada Siri Piala Funia
Klasik UCI di Manchester, England pada tahun 2011.
DATO' AZIZUL
HASNI AWANG

