Page 5 - M.DANIAL ZAQUAN (SEJARAH TAHUN 6)
P. 5
PERPADUAN DAN KEHARMONIAN
KAUM DI MALAYSIA
Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan
peranan penting demi mencapai status negara maju. Banyak negara di dunia
mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya
kerana keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan
kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia.Perpaduan
kaum merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian
masyarakat berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah
antara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur dan
pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan
pembangunan negara. Masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam
memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai
matlamat ke arah status negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi
negara yang stabil dan konsisten

