Page 2 - Sinopsis Novel Destinasi Impian
P. 2

Sinopsis Bab demi Bab





               Bab 1

                       Johari, Firdaus dan Azlina mengayuh basikal dari Kampung Bukit

               Kapar ke  Pantai Morib  Baru  kerana menyahut  cabaran datuk.  Jarak

               perjalanan  tersebut sejauh 50 kilometer. Firdaus  sentiasa merungut


               sepanjang  perjalanan  kerana  destinasinya  jauh  dan  berasa  letih.

               Johari dan Azlina memberi dorongan semangat dan pelbagai nasihat


               agar  perjalanan  mereka  diteruskan.  Tanpa  kerelaan  diri,  Firdaus

               terpaksa meneruskan perjalanan tersebut.




               Bab 2

                       Firdaus  terus  merungut  dan  berasa  menyesal  sepanjang

               perjalanan.  Beliau  berasa  letih  kerana  lama  mengayuh  basikal.


               Kepanasan  cahaya  matahari  yang  begitu  lama  menambahkan  lagi

               keletihan Firdaus.  Firdaus menyatakan kekesalan kerana menyertai


               Johari  dan  Azlina  dan  menganggap  perjalanan  sebagai  perjalanan

               gila.
   1   2   3   4   5   6   7