Page 7 - Sinopsis Novel Destinasi Impian
P. 7

SINOPSIS KESELURUHAN




                       Novel  ini  mengisahkan  Johari,  Azlina,  dan  Firdaus  memulakan

               eskpedisi  berbasikal  dari  Klang  ke  Morib.  Ekspedisi  itu  bertujuan


               untuk  menyahut  cabaran  datuk  mereka  yang  mengatakan  bahawa

               golongan  muda  lemah  dan  tidak  mempunyai  semangat  yang  tinggi.


               Selain  itu,  datuk  mereka  mahu  mereka  melihat  tanah  air  yang  telah

               merdeka  dengan  lebih  dekat  di  samping  menjadikan  Firdaus  lebih


               berperwatakan lelaki sejati.

               Dalam  ekspedisi  itu,  Firdaus  sering  merungut  kerana  kepenatan.


               Sikap  Firdaus  yang  tidak  mempunyai  kesabaran  itu  menimbulkan

               konflik  antara  dia  dengan  adiknya,  Azlina.  Walau  bagaimanapun,


               Johari sebagai sepupu mereka yang lebih dewasa sentiasa sabar dan

               bijak  menghadapi  kerenah  mereka.  Akhirnya,  ekspedisi  tersebut

               berjaya  apabila  mereka  bertiga  berjaya  tiba  di  Pantai  Morib  Baru.


               Firdaus berasa bangga kerana telah dapat mengayuh basikal sejauh

               50 kilometer.


                       Ketibaan  Firdaus  di  Pantai  Moib  Baru  disambut  oleh  rakan

               sekolahnya iaitu Sazali, Moksin, Salim, Erma,  Zarina, dan Mazlinda.


               Selepas  itu,  Firdaus  membohongi  kawan-kawannya  dengan

               mengatakan  bahawa  perjalanannya  lewat  kerana  adiknya,  Azlina

               yang  suka  berehat.  Tiba-tiba,  Azlina  didatangi  oleh  kawan-kawan


               Firdaus  yang  ingin  mencari  kebenaran  kata-kata  Firdaus.  Akhirnya,

               Moksin dan Sazali mendapat tahu bahawa Firdaus berbohong. Pada
   2   3   4   5   6   7   8