Page 4 - Sinopsis Novel Destinasi Impian
P. 4

Bab 6

                       Firdaus  mula  berasa  bangga  kerana  perjalanan    mengayuh


               basikal  telah  berakhir  kerana  berjaya  sampai  ke  destinasi  Pantai

               Morib  Baru.  Firdaus  tidak  terduga  kerana  dapat  berkayuh  basikal

               sejauh 50 kilometer. Firdaus berasa bangga atas kejayaannya sampai


               ke  Pantai  Morib  Baru.  Firdaus  gembira  kerana  ketibaannya  telah

               disambut oleh kawan-kawannya Sazali, Mokhsin, Salim dan Mazlinda.


               Kawan-kawan Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan

               Firdaus mengayuh basikal.





               Bab 7

                       Firdaus  sampai  di  Pantai  Morib  Baru  dan  bergembira  dengan

               kawan-kawannya. Johari dan Azlina sengaja membicarakan tindakan

               Firdaus  menghabiskan  masa  bersama  dengan  rakan-rakan.  Johari


               dan Azlina turut gembira dan bangga kerana Firdaus akhirnya berjaya

               sampai ke destinasi perjalanan, Pantai Morib Baru.





               Bab 8

                       Azlina  berbual-bual  dengan  Kasmadiana  tentang  perjalanan

               berbasikal di pantai. Kasmadiana memuji ketabahan dan kemampuan


               Azlina  berbasikal  sejauh  50  kilometer.  Azlina  memberitahunya

               bahawa dia mengikuti Abang Johari dan menyahut cabaran datuknya.


               Kasmadiana memberitahu bahawa abangnya Karman bersama Johari
   1   2   3   4   5   6   7   8