Page 8 - Sinopsis Novel Destinasi Impian
P. 8
malam itu, Firdaus telah bermimpi lemas di laut selepas dihumban
oleh Sazali dan Moksin kerana berbohong. Mimpi itu menyebabkan
Firdaus insaf akan kesalahannya.
Pada keesokan harinya, Firdaus dan kawan-kawannya mandi di
laut kerana Johari dan Azlina sudah pulang. Sementara itu, Firdaus
berlumba selam dengan kawan-kawannya. Dalam kegembiraan itu,
Mazlinda telah dipukul ombak dan terkapai-kapai. Firdaus yang
pernah menipu itu terpaksa memberanikan diri untuk menyelamatkan
Mazlinda. Malangnya, dia yang lemas.
Sebaik-baik sahaja sedar daripada lemas, Firdaus sudah di katil
hospital. Firdaus sedar bahawa dia diselamatkan oleh Mazlinda.
Mazlinda berkata bahawa sebenarnya dia berpura-pura tidak tahu
berenang untuk menguji Fridaus. Firdaus berasa malu dan
menundukkan kepala. Johari menasihati Firdaus supaya
menunjukkan keberanian dan kejujurannya. Akhirnya, Firdaus
menerima nasihat kawannya lalu mengangkat muka untuk
memandang Mazlinda dengan berani.

