Page 33 - E MAJALAH KUMPULAN 1
P. 33
PENCAPAIAN BOLA SEPAK DI
MALAYSIA
Harimau Malaya 1962 (Sukan Asia)
Skuad Harimau Malaya 1962 ini dikenang kerana sejarah
pencapaian mereka meraih pingat gangsa Sukan Asia.
Sukan Asia 1962 menyaksikan Jakarta menjadi tuan rumah buat kejohanan edisi ke-4,
dengan 13 acara sukan dipertandingkan.
16 buah negara mengambil bahagian dengan hanya 8 negara bertanding untuk acara
sukan bola sepak.
Malaysia yang berstatus Tanah Melayu pada masa itu berada di dalam kumpulan B,
bersaing bersama Vietnam Selatan, Filipina dan tuan rumah Indonesia.
Dua pasukan teratas akan layak ke peringkat separuh akhir.
Perlawanan pembukaan Malaysia mencipta kemenangan besar 15-1 ke atas Filipin.
Masih kekal sebagai rekod kemenangan terbesar Harimau Malaya.
Dua hari berikutnya, Malaysia menundukkan pasukan tuan rumah, Indonesia dengan
jaringan 3-2 di hadapan ribuan penyokong tuan rumah di dalam perlawanan yang
cukup mendebarkan.
Bagaimanapun, skuad kebangsaan terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua
kumpulan B apabila tewas kepada Vietnam Selatan dengan jaringan 3-0 dalam
perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Semasa separuh akhir, pasukan negara turut dibarisi oleh dua pasangan adik beradik:
Richard dan Robert Choe serta Abdullah Nordin dan Kamaruddin Ahmad.
Skuad ini tidak bernasib baik ditewaskan oleh seteru Asia, Korea Selatan dengan
jaringan 2-1.
Bagaimanapun skuad negara bangkit untuk perlawanan merebut pingat gangsa
bertemu Vietnam Selatan.
Raja Bola Malaya Abdul Ghani Minhat muncul wira apabila menjaringkan kesemua 4
gol dalam perlawanan tersebut menewaskan Vietnam Selatan 4-1 tersebut.
Skuad kebangsaan menjaringkan sejumlah 22 gol dan bolos 3 gol sepanjang
kejohanan untuk meraih pingat pertama negara dalam sukan bola sepak di Sukan
Asia.
India muncul juara acara bola sepak lelaki pada Sukan Asia edisi 1962.
Pasukan kebangsaan 1962 dikenang dengan kehebatan lagenda bola sepak tanah air
yang mendapat jolokan “Raja Bola Malaya” iaitu Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani
Minhat.

