Page 34 - E MAJALAH KUMPULAN 1
P. 34

Pencapaian Bola Sepak




                                         DI MALAYSIA




          Harimau Malaya 1972 (Sukan Olimpik)




          Skuad Olimpik 1972 adalah pilihan automatik kami sebagai antara skuad Harimau
          Malaya terhebat pernah dihimpunkan dalam sejarah bola sepak negara.
          Olimpik Munich 1972 kekal sebagai satu-satunya pentas Olimpik yang pernah
          menyaksikan aksi pasukan Harimau Malaya. Ia adalah pentas tertinggi pasukan

          negara pernah beraksi di peringkat antarabangsa
          Malaysia hadir bersama Burma sebagai reputasi gergasi Asia. Skuad kebangsaan
          menewaskan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan dan Filipina untuk membuka laluan

          ke Munich, Jerman pada tahun 1972.
          Skuad 1972 membariskan pemain hebat negara seperti penjaga gol Chow Chee Keong
          yang mendapat jolokan “Asian Stainless Steel Gate”, Soh Chin Aun, Dell Akbar, M.
          Chandran, Namat Abdullah dan ramai lagi.
          Berada di dalam kumpulan A, Malaysia tewas perlawanan pertama kepada gergasi

          eropah, Jerman Barat yang dibarisi pemain seperti Ottmar Hitzfield dan Uli Hoeness
          dengan jaringan 3-0.
          Perlawanan berikutnya, Malaysia bangkit di Ingolstadt menewaskan Amerika

          Syarikat 3-0 hasil jaringan Shaharuddin Abdullah, Salleh Ibrahim dan Zawawi Yusof.
          Wajib menang perlawanan terakhir bertemu Maghribi untuk ke pusingan seterusnya,
          Malaysia terkulai apabila tewas dengan jaringan 6-0 kepada wakil benua Afrika itu.
          Malaysia menamatkan cabaran peringkat kumpulan di kedudukan ketiga dengan
          hasil satu kemenangan. Poland muncul pemenang pingat emas acara bola sepak pada

          Sukan Olimpik 1972.
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39