Page 36 - E MAJALAH KUMPULAN 1
P. 36
Pencapaian Bola Sepak
DI MALAYSIA
Harimau Malaya 1980 (Sukan Olimpik)
Muthu Kumar, Chow Kwok Keong, Eric Yong, Ali dan jurulatih skuad kebangsaan, Mr. Harry
Mountain.
Senarai di atas adalah watak-watak dalam filem “Ola Bola” yang mengambil inspirasi
perjuangan pasukan bola sepak kebangsaan melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1980 di
Moscow.
Watak-watak di dalam filem “Ola Bola” menggambarkan pemain negara seperti R. Arumugam,
Soh Chin Aun, James Wong dan Khalid Ali di bawah bimbingan Karl Heinz Weigang.
Harimau Malaya mengharungi pusingan kelayakkan ke Olimpik Moscow tanpa penyerang
sensasi Mokhtar Dahari yang mengumumkan persaraan beliau pada tahun 1980.
Tanpa kelibat Super Mokh, Weigang mengubah percaturan dengan mengabungkan barisan
muka lama dan pemain muda.
Malaysia beraksi cemerlang di peringkat kumpulan. Menang empat perlawanan menentang
Korea Selatan, Brunei, Filipina dan Indonesia, Malaysia turut mencatat keputusan seri 1-1
dengan Jepun.
Malaysia menamatkan cabaran Kumpulan 2 di tangga teratas dan menempatkan diri
menentang Korea Selatan dalam perlawanan playoff yang diibaratkan final itu.
Bertemu Korea Selatan, Bakri Ibni meletakkan Malaysia di hadapan seawal minit ke-12. Kim
Kang-nam menyamakan kedudukan selepas 18 minit separuh masa kedua bermula.
Cabaran Korea Selatan ternoktah apabila James Wong menjaringkan gol kemenangan pada
minit ke-85 perlawanan. Stadium Merdeka menjadi saksi salah satu gol terhebat pernah
dijaringkan oleh anak Malaysia di peringkat antarabangsa.
Kita semua tahu apa yang berlaku selepas itu. Harapan rakyat Malaysia untuk melihat barisan
negara beraksi di arena Olimpik punah ekoran kerajaan memboikot Sukan Olimpik Moscow.
Bola sepak negara juga seakan hilang sebagaimana punahnya harapan kita di Olimpik 1980.
Selepas itu, Malaysia hanya gah di peringkat serantau dengan memenangi emas di dalam
Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.

