Page 61 - E MAJALAH KUMPULAN 1
P. 61

- Amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan
         belanja.  Dalam  sesetengah  keadaan,  kita  boleh  menjimatkan

         perbelanjaan sehingga lima puluh peratus. Sebagai contoh, jika

         sesebuah  majlis  perkahwinan  dibuat  secara  gotong-royong,
         kita  tidak  perlu  membayar  upah  pekerja  dan  kos  penyediaan

         makanan. Selain itu, kita juga boleh menjimatkan perbelanjaan

         membina  tempat  menunggu  bas,  jika  dibuat  secara  gotong-
         royong.



         -  Di  samping  itu,  aktiviti  gotong-royong  juga  dapat  memupuk

         nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni

         ini amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang
         bertanggungjawab.  Antara  nilai-nilai  murni  yang  dapat

         dipupuk  dalam  aktiviti  gotong-royong  ialah  bekerjasama,

         bertolak  ansur  dan  kerajinan.  Selain  itu,  amalan  bergotong-

         royong  juga  dapat  memupuk  sikap  berjimat  cermat  dalam
         masyarakat.




         -  Aktiviti  gotong-royong  juga  dapat  mewujudkan  perpaduan
         kaum.  Perpaduan  kaum  amat  penting  di  kalangan  rakyat

         Malaysia  yang  terdiri  daripada  pelbagai  kaum  dan  agama.

         Contohnya,              dengan            mengadakan                 gotong-royong                 bagi

         menjayakan                Program            Sambutan              Bulan          Kemerdekaan,
         perpaduan  masyarakat  akan  terjalin  secara  langsung  atau

         secara  tidak  langsung.  Sesungguhnya,  dengan  wujudnya

         perpaduan  kaum  di  kalangan  rakyat,  negara  kita  akan  terus

         aman dan maju.
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66