Page 65 - E MAJALAH KUMPULAN 1
P. 65
BUDAYA GOTONG
BUDAYA GOTONG
ROYONG MASYARAKAT
ROYONG MASYARAKAT
ZAMAN KINI.
ZAMAN KINI.
GOTONG-ROYONG adalah salah satu
budaya rakyat Malaysia, khususnya
masyarakat Melayu yang semakin
ditelan zaman.
Dalam suasana masyarakat majmuk di
Malaysia, aktiviti gotong-royong
sebenarnya mampu mewujudkan
persefahaman antara kaum melalui
semangat bantu-membantu dan
bekerjasama.
Bak kata pepatah Melayu, berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing. Kerja
yang berat boleh menjadi mudah jika
dilakukan bersama-sama.
Contohnya, sama-sama membersihkan
taman permainan, longkang,
persekitaran taman perumahan
mahupun rumah ibadat. Itulah prinsip
gotong-royong.
Baru-baru ini, Macma Kelantan
dengan kerjasama Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
Kelantan serta Kawasan Rukun
Tetangga (KRT) Bukit Kechik telah
menjalankan gotong-royong muafakat
perpaduan di persekitaran rumah
ibadat Buddha bagi masyarakat Siam
dan Cina di Kampung Muring, Tanah
Merah, Kelantan.

