Page 66 - E MAJALAH KUMPULAN 1
P. 66
Banjir gelombang kedua di Kelantan,
walaupun tidak seteruk tahun-tahun
sebelumnya tetap meninggalkan kesan
selut dalam bangunan dan sampah-sarap
di kawasan lapang bersebelahan
bangunan akibat air yang naik setinggi
paras dada manusia dewasa. Kampung
Muring merupakan kawasan rendah yang
berdekatan sungai dan sering dilanda
banjir pada musim tengkujuh.
Program berkenaan adalah yang terakhir
antara Macma Kelantan dengan Pengarah
JPNIN Kelantan, Norwahidah Zinalibdin
yang akan berpindah ke negeri Johor
seminggu lagi.
Program gotong-royong tersebut
melibatkan kerjasama orang ramai yang
berketurunan Melayu, Siam dan Cina.
Selain membersihkan kawasan
persekitaran yang boleh juga menyihatkan
tubuh badan, ia juga menjadi platform
mewujudkan keharmonian kaum menerusi
aktiviti bersama.
eProgram sebegitu membuka ruang untuk
mewujudkan persefahaman bagi
menangkis segala prasangka atau salah
faham.
Bukan sahaja gotong-royong membersih
kawasan, kenduri atau aktiviti lain juga
dapat diadakan secara bergotong-royong.
Bak kata pepatah, bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana
muafakat.
Melihat kepada budaya semasa, semakin
ramai yang lebih gemar mendapatkan
khidmat katering atas faktor kemudahan,
walaupun kosnya mungkin lebih tinggi
berbanding melakukan semuanya sendiri
secara gotong-royong.

