Page 7 - BAB 6 REKA BENTUK HIASAN DALAMAN
P. 7
Penegasan Prinsip penegasan dalam reka bentuk hiasan dalaman merujuk kepada kaedah
penggunaan warna atau perabot yang mampu menjadi tumpuan dan fokus utama.
Kontra Kontra wujud pada penggunaan pelbagai elemen yang bertentangan seperti
penggunaan warna, saiz perabot dan tanaman hiasan.
Skala dan
Kadar Kedua-dua prinsip ini mempunyai kaitan dengan saiz objek hiasan dan barangan.
Dalam reka bentuk hiasan dalaman, prinsip-prinsip ini menimbulkan rasa pertalian
banding dengan elemen lain.
Perincian merupakan prinsip yang perlu dititikberatkan bagi reka bentuk hiasan
Perincian dalaman. Perincian yang dimaksudkan ialah objek hiasan sebagai penambah seri
seperti penggunaan pasu bunga, bantal, langsir, bingkai gambar, hiasan dinding dan
tombol perabot.

