Page 9 - BAB 6 REKA BENTUK HIASAN DALAMAN
P. 9

Bentuk ialah garis besar mana-mana objek tiga dimensi yang terdapat di dalam
                                   ruang. Bentuk boleh diwujudkan dengan menggabungkan dua atau lebih rupa dan

           Bentuk                  boleh ditekankan dengan bantuan elemen-elemen lain seperti tekstur, corak dan
                                   warna. Bentuk yang jelas mampu mewujudkan keharmonian dan keseimbangan pada

                                   ruang. Terdapat dua jenis bentuk, iaitu geometri (buatan manusia) dan alam
                                   (organik).


                                   Jalinan berkaitan dengan permukaan dan menentukan bagaimana sesebuah
           Jalinan                 permukaan biasa akan kelihatan dan dirasai. Jalinan boleh diklasifikasikan kepada


                                   dua jenis, iaitu jalinan tampak dan jalinan rasa.



                                   Warna mewujudkan hubungan estetik antara objek dengan penetapan mood. Warna
           Warna                   mesti dipilih berdasarkan psikologi dan pandangan penghuni. Setiap warna
                                   mempunyai tiga ciri yang berbeza iaitu hue, nilai dan intensiti.




                                   Corak mampu meningkatkan minat terhadap reka bentuk hiasan dalaman dan ia
           Corak                   berinteraksi bersama elemen warna. Corak boleh menjadi sebarang bentuk dan
                                   kebanyakannya terdiri daripada reka bentuk yang berulang dan menjadikannya
                                   menarik.
   4   5   6   7   8   9   10